
Sistem Suria
Mari kita menjelajah ke sistem galaksi! Untuk pengetahuan anda, sistem suria kita merupakan satu sistem yang amat kecil di
alam semesta yang luas ini. Sistem suria kita terdiri daripada Matahari,Planet-planet,Satelit-satelit semulajadi dan juga
objek-objek lain seperti komet, meteroid dan asteroid. Jom mulakan penjelajahan dengan mengenali planet-planet yang terdapat
di sistem suria!!
|
Planet ialah jasad besar yang beredar mengelilingi Matahari menurut satu lintasan yang tetap dan tersendiri yang dipanggil
orbit. Sistem suria kita mempunyai 9 buah planet. Planet-planet ini boleh dibahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu Planet Kerdil
(Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh), dimana saiznya kecil dan terbina daripada batuan dan permukaan pejal serta terletak berhampiran
dengan Matahari. Manakala, Planet Gergasi (Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun) merupakan planet yang besar saiznya, dan terdiri
daripada gas, cecair hidrogen dan metana. Planet gergasi ini terletak lebih jauh daripada Matahari.
|
 |
|